Ronnie Hussien

Ronnie  Hussien
Ronnie  Hussien
Category - Art Promo

Ronnie atau nama sebenarnya, Shahron Hussein 33, berkata, perjalanannya dalam seni sungguh panjang iaitu ketika menyertai kumpulan Sunday pada awal tahun 2000 namun ia menemui kegagalan.

Perjalanan kerjaya saya dalam industri muzik sungguh jauh bermula menjadi penyanyi utama kumpulan Sunday dan pernah menghasilkan album sekitar tahun 2001. Namun kurang mendapat sambutan.

Selepas itu saya menyertai kumpulan Slam untuk satu projek istimewa menggantikan Zamani dan pernah juga mencuba nasib dalam rancangan realiti One In A Million (OIAM).

"Dalam tempoh itu, pelbagai pahit maung termasuk pernah menyanyi di kelab malam sehingga akhirnya rezeki saya menganggotai Hyper Act,” katanya kepada mStar Online.

Ronnie juga pernah merakamkan lagu duet berjudul Bintang Kehidupan bersama penyanyi Indonesia Yantie.

Kata Ronnie, sebagai penyanyi dia menyedari tidak mempunyai pakej yang lengkap untuk berada dengan mudah dalam industri hiburan, malah dia tidak pernah menganggap pembabitannya dalam bidang nyanyian untuk mencari populariti.

Saya tidak kisah orang kata penyanyi Hyper Act tidak kacak kerana saya di dalam industri ini adalah untuk berkarya dan mencari rezeki bukan mencari populariti.

"Pendengar sekarang juga sudah semakin bijak dan menerima sesebuah lagu kerana lagu tersebut betul-betul sedap bukan kerana penyanyinya," ujarnya.

Videos


Dikoyak Waktu - Ronnie Hussien